Pengikut2 ku

4.07.2011

Rancangan Memasak Oleh Chef Zuel Wakakau

wah, dah nak dekat 15 jam aku x update blog, mintak maap la kat semut2 api, lipan2 laut n gamat2 angkasa (peminat2 setia blog aku) sebab lambat update entri baru, nak wat camne, bz skit sejak 2,3 patblas ari sejak dua menjak nie.. p/s: ayat poyo bloggers mmg glemer or bajet glemer..

cait! aku xder la sepoyo cam tu macam blogger2 laen yg tergedik2 nak bitaw kat suma orang yg dier jarang update, ape kate orang laen?"ADE AKU KESAH?";p

ok, tanpa membuang sdikit mase dan najis mutawassitah, bertemu kite lagi di dalam rancangan 'Di Dapur bersama Chef Wakakau'..(pernah ke kite bertemu?) Namun disebabkan chef kite x dapat menghadirkan diri pade hari nie kerana cirit buih dan sembelit berturut2, saye dengan ini secara automatiknye menggantikan beliau sebagai power rangers hijau.. ok, menu kite pada hari ini ialah Tenuk Masam2 Manis Cambest!

Sediakan bahan2 seperti berikut: 8 mangkuk hayun tepung gandum, sebijik robot gundam, 2 kiub pati ayam tambatan, 357 bijik guli susu, 3 pasangan rame2 sedang mengawan, 4 kilogram garam laut asli baru sejat, 4 keping roti gardenia dibuang tengah, seekor tenuk bukit, 100% alkohol, gula-gula kapas, minyak lembu laut dan juga 4 bijik telur temelang..

ok, first of all (sambil tbelit2 lidah dan urat tengkuk), panaskan 7 gelen minyak di dalam kuali yang baru lepas goreng belalang kunyit tanpa basuh.. setelah hampir panas seperti lava gunung berapi krakatoa, masukkan tenuk bukit yg telah dicincang halus sedikit demi sedikit sehingge maghrib esok.. setelah selesai, masukkan garam sehingga masakan mengeluarkan baw seperti deoderent rexona for men.. tutup mulut kuali ngan surat khabar tamil.. pastikan kuali ditutup dengan baik supaya rase2 masam ketiak boleh sebati dengan tenuk n supaya surat khabar tidak disambar api..

setelah selesai melihat Akademi Fantasia musim ke9 pada sabtu malam minggu hadapan (ketika ini anda lupa ade masak minggu lepas), buka penutup surat khabar tamil tersebut dan masukkan 8 mangkuk hayun tepung gandum yang telah digaul dengan telur temelang.. sambil2 menggaul anda boley lah juga membace surat khabar tamil tersebut terutama di ruangan sukan.. setelah kedua2 tangan anda melecur hingga menampakkan isi putih, masukkan 100% alkohol sehingga penuh 1 tempayan.. biarkan selama 10 minit di bawah kipas helikopter..

ketika rakan2 anda mahu membunuh anda akibat menunggu masakan anda yang x siap2 dari minggu lepas, masukkan 4 keping roti gardenia yang dibuang tengah ke dalam oven, bakar selama 1 minit, kemudian sapukan mentega khas dari susu landak sehingga sebati dan berikan kepada rakan2 anda agar boleh menurunkan sedikit panas2 pada telinga mereka.. oh ya, kini masakan anda di dalam kuali boleh dikeluarkan.. hidang cantik2 di atas pinggang jiran anda dan letakkan sebijik robot gundam di atas hidangan untuk mencantikkannya.. setelah selesai, masukkan hidangan yang telah siap ke dalam tong sampah kitar semula bahagian kertas (warna hijau)..

kemudian, ambil gula2 kapas yang anda sediakan tadi, makan la sehingga kenyang sambil melihat 4 pasang rama2 sedang mengawan.. selamat mencuba! ;D

p/s: di Papua New Guinea, gula2 kapas dipanggil 'Tenuk Masam2 Manis Cambest' atau di kenali sebagai Sweet Sour Cipan..;pp

Tiada ulasan: