Sejak due menjak nie salu plak nampak siput babi di jalanan.. klu la bleh makan binatang tu lame dah aku suh tikus belaan aku mkn.. Ok la disebabkan skrg nie ngah mood siput babi, meh la nak bgtau korang sedikit sbyk fakta tentang mnatang nie..
@Siput babi merupakan haiwan prasejarah yang wujud sejap zaman firaun lg (The Fakta Karut, 2010).. the fact, siput babi wujud sejak dari 60 juta tahun yang lalu, disebabkan sifat2 kemandiriannya yang tinggi..
@Siput babi dalam Bahasa Inggeris ialah snail, bukan pig snail seperti yang kecoh diwar-warkan..
@Wajah siput babi sedikit pun tidak menyamai babi walaupon name yang diberikan kepada beliau siput babi.. Namun wajah siput babi ade sedikit iras2 dengan manusie berperangai seperti babi.. Namun juga siput babi tiada lah kacak iras2 Brad Pitt..
@Sebenarnye di negara2 lain seperti di Eropah, manusie di sane ade yang memakan siput babi.. di negara2 Afrika pula, siput babi dijadikan sebagai makanan ruji seperti nasi.. (contoh; siput babi sup, siput babi paprik)
@Siput babi boleh membesar hingga 31.2cm panjang, iaitu menyamai panjang seekor babi yang mempunyai panjang 31.2cm..
@Siput babi boleh 'berjalan' di atas pisau yang tajam tanpa sebarang kecederaan, namun begitu, siput babi akan terbelah due jika dibelah dengan kapak..
@Ade sesetengah manusie di muka bumi yang menjadikan siput babi sebagai binatang peliharaan.. mungkin mereke terpengaruh dengan Spongebob Squarepants..
@Disebabkan siput babi bergerak sangat perlahan (antara binatang yg paling perlahan di bumi), beliau gagal melayakkan diri untuk menyertai acara 100 meter olimpik walaupon beliau berhasrat tinggi untuk menewaskan Usain Bolt..
@Lendir2 pada siput babi membolehkan ia 'berjalan' melekat pada dinding mahupun siling.. namun begitu, manusie yg berlendir tidak mampu untuk berbuat demikian..
@Siput babi tidak mampu mendengar langsung dan tidak mampu untuk melihat dengan jelas walaupun memakai kaca mata.. Ia menggunakan deria bau untuk mengesan sesuatu.. Namun tiada pula dana OKU dikeluarkan untuk siput babi..
@Pola pergerakan siput babi adalah sangat pelik.. Untuk pergi ke suatu tempat betul2 di depan mata beliau, beliau akan bergerak dalam bentuk bulatan berulang2 kali.. Saintis sehingga sekarang tidak dapat menjelaskan pola pergerakan siput babi itu.. Tapi mungkin kerana kekurangan nikmat akal..
Ok la, dah penat cite pasal siput babi.. Skrg aku nak pegi memburu siput babi, nak buat siputbabi-Q, nk bagi kelawar belaan kat umh aku mkn, adios..;DD




Tiada ulasan:
Catat Ulasan